13 June 2016

LIFE KAT MATRIK & KMPK

Assalamualaikum wbt.



Hai semua! Buka-buka blog, eh ramainya yang komen pasal matrikulasi tu. Nah tetiba terasa nak update entri baru. Bila dah masuk universiti ni, rasa rindu sangat dengan kehidupan kat matrik. Lain sangat dik kehidupan kat universiti. Kalau dulu kat matriks, nota semua lecturer yang sediakan. Kita tinggal pergi kedai fotostet, beli copy note. Kat universiti, note kena buat sendiri. Nampak tak perbezaan jarak jauh kat situ. Ada yang tanya akak, akak sambung course ape. Alhamdulillah, sekarang ni akak tengah sambung Bachelor in Accounting. Tinggal lagi dua tahun lepastu graduation yayyy!! Doakan akak ye :)

Kalini akak nak cerita lah sikit macam mana life kat matriks tu. Lebih kurang macam pengalaman akak lah. Kalau bosan cepat cepat close tab tau hehe. Entri kalini aku gelarkan diri 'akak' jelah ye, lebih dekat dengan hati semua pembaca yang berkaitan eceh hihi. Berdebar pulak nak start cerita sebab dah lama tak update blog ni. 

Okay bismillah. First, macam akak ada bagitau kat entri sebelum ni, akak homesick teruk sangat sangat. Call ibu, lepastu nangis. Nak tidur nangis. Tengah orientasi kat dalam dewan, pihak pengurusan tengah seronok bagitau pasal macam mana nak itu, nak ini, eh eh boleh nangis jugak haha. Sampai demam, lepastu pergi klinik kat dalam matriks, then doktor cakap 'Memang musim orang demam'. Tapi tengok kiri kanan, macam aku sorang je yang demam. Hmm baru sekarang dapat tangkap maksud doktor tu. Paling sedih sekali bila time waktu maghrib. Rasa sayu sangat... Time nak solat, time tu lah air mata ni meleleh ingat family kat rumah. Lepastu menangis sorok sorok tepi almari sebab taknak room mate nampak haha. Sampai lah penghujung semester, room mate cakap 'Dulu shima nangis tepi almari' hahaha maluuuuuuu *tutup muka*.

Oh ya, pasal bilik. Bilik korang tak boleh pilih tau. Tak boleh pilih nak duduk sebilik dengan siapa. Tak boleh, semua tak boleh. Pihak pengurusan yang akan handle semuanya. Jangan risau ye adik adik semua, best dapat kawan baru. Nak hadap kawan dari sekolah buat ape kan. Nanti kalau korang rasa bosan, korang boleh pergi bilik kawan baik korang tu. Dulu akak pun fikir macam korang juga. Fikir nak satu bilik dengan kawan dari sekolah lama, kononnya dah lebih kenal gitu. Last last buat tak hairan je sebab masing-masing dah ada room mate baru hehe. Cuma kadang-kadang tu selalu lah lepak sama-sama lepas rindu. Akak rajin keluar outing sebab suka jalan-jalan hehe. Duit pun ikut sama berjalan. Kalau kat KMPk, banyak jugak lah tempat korang boleh outing. Emm banyak ke?? Ada lah dalam 3 ke 4 tempat kotttt, sorry tak berapa ingat. 

Pada akak lah, duduk kat matrik ni lagi best kalau dapat join macam macam program. Tapi dulu akak ni tak berapa nak aktif sangat, duduk dalam bilik je peluk bantal uhuk uhuk. Tapi ada lah juga join beberapa program. Yang paling seronok yang akak ingat lagi sampai sekarang, bila semua budak akaun buat aktiviti jualan. Best sangat sebab satu kelas bekerjasama. Serious seronok bila kawan sekelas tapi dah rasa macam family. Dulu akak dapat classmates yang semuanya happening. Rancang tu, rancang ni semua sama-sama. Buat iftar ramai-ramai, belikan makanan pastu kongsi sorang sikit. Rindunyaa suasana tu semua ;( Nak cerita, korang tak rasa haha tak dapat pulak nak feel cerita akak ni.

Dulu time akak kat matriks, selalu lah jugak kes takde air kat blok. Balik-balik kelas je time petang takde air. Padahal time tu lah nak mandi lah, nak solat. Lepastu duk angkut baldi turun bawah blok. Nasib baik tak dapat tingkat 4. Oh haaa baru teringat. Oleh kerana akak dulu bukan asal dari sekolah asrama, so dulu akak tak tau pun kat dalam toilet tu ada satu bahagian untuk basuh baju. So dengan tanpa rasa bersalah, akak basuh baju kat tempat wuduk & toilet. Agaknya org tgk aku lain macam je basuh baju kat situ haha malunya. Tapi awal-awal masuk jelah. Rendam baju kat tempat wuduk pastu berus sental baju kat dalam toilet. Hmm apa lah nasib tak tau semua benda haha. Ni semua sebab ternampak orang angkut baldi rendam baju kat tempat wuduk haha.

Kalau korang dapat KMPk, korang kena try Burger Hongkong tau. Burger ni sedap sangat & cuma ada kat KMPk. Takkan jumpa kat tempat lain. Seriously. Akak sekarang ni teringin nak makan burger hongkong tu. Kena balik KMPk ke cemana ni kalau nak makan burger tu hmm.

Alamak terbesar pulak gambar haha Nah bagi korang terliur sikit hihi.

Dulu kat KMPk, banyak program best, yang gempak gempak, bila tengok tu macam wowww terror nye diorang ni. Selalu program waktu malam. Tapi tak semua lah. So kalau rajin, kena lah jalan kaki pergi dewan ataupun kadang-kadang kat dataran atau anjung siswa. Program yang paling gempak time akak, masa sambutan Chinese New Year. Student bukan melayu tak ramai kat matrik, boleh kira dengan jari. So masa akak, budak chinese macam ada geng diorang. Seronok tengok sebab diorang selalu kumpul ramai-ramai. Nah tengok sikit video yang diorang untuk program CNY tu hehe. Mana lah tau lepas tengok boleh naik semangat nak masuk matrik atau KMPk  sebab akak kalau tengok video ni pun selalu rindu kat KMPk sobs sobs ;( Nah kita lanje sikit. (Kalau nak tengok video lain, boleh tengok kat youtube tau)


Sebenarnya kenangan akak kat matrik tak banyak pun. Nak tulis ni pun, baru sedar tak ade ape pun yang dapat akak kongsi. Cuma entahlah kenapa rasa rindu sangat dengan life kat sana, rasa seronok je tinggal kat matrik. Pada akak, kehidupan life kat matrik rasa tenang and simple je. Tak pernah rasa stress duduk matrik. Kalau rasa stress, outing lah hehe. Walaupun kelas dari pagi sampai petang tapi takde rasa penat pun. Tapi ada rehat lah tengahari tu, hehe selalu curi-curi balik bilik. Kenangan kat matrik tak banyak tapi perasaan rindu tu tersangat banyak. Serious korang takkan menyesal masuk matrik. Percayalah cakap akak ni dik oiii. Pape pun, goodluck semuaa! Jangan risau, you can do it!

Thanks for reading!

05 May 2014

MATRIKULASI PUNYA CERITA

Assalamualaikum wbt.


Hai caaaak! Yeah! I'm officially graduated from Kolej Matrikulasi Perak session 2013/2014 for accounting course yeah! Lamanya rasa tak update blog ni. Bukannya menghilang sebab dah takde benda nak cerita. Terlampau banyak sangat cerita lah yang jadi lagu ni. Haaaa banyak benda aku nak cerita ni. Untuk adik-adik yang dapat tawaran kat KMPk ataupun mana-mana matrik ni, janganlah risau ye. Tempat ni akan jadi tempat baru untuk korang semua & percaya lah korang akan rindukan tempat tu satu hari nanti.

Kalau orang tanya aku, kenapa aku masuk matrik, aku akan cakap sebab ni pilihan terakhir. Ya matrik memang pilihan terakhir yang aku ada sebab aku tak dapat sebarang tawaran u. Kalau diberi pilihan antara matrik & diploma, I'll choose diploma. Why? I have my own reason. Janganlah pulak sebab akak kau ni tulis macam ni, terus hilang niat nak masuk matrik. Tapi kalau korang dapat asasi, lebih baik korang pilih asasi okay. Tepuk dada, tanya selera. One more thing, janganlah nak masuk matrik ni sekadar nak masuk je. Bila korang masuk matrik, korang kena tekad yang korang nak berjaya sebab lepas ni perjalanan korang perlu diteruskan untuk sambung ijazah. Jangan fikir, kau dah dapat tawaran matrik, kau boleh buat apa yang kau suka. No no no! Result matrik korang tu masih diperlukan untuk sambung ijazah & korang kena dapat the best result supaya korang boleh beat budak diploma and STPM untuk masuk u. Nak masuk u ni bukan senang ye adik-adik. Jangan risau, kalau dah masuk matrik ni, jangan fikir siapa di atas, siapa di bawah. Sebab yang di bawah boleh jadi paling teratas. Trust yourself because you can change everything if you have an effort to change it.

Nak belajar ni takde yang senang. Kenalah usaha. Tapi kalau untuk pendapat diri sendiri, aku akan cakap matrik lebih senang daripada SPM. Sebab korang dah ada basic masa SPM. So korang akan apply balik semua tu masa matrik. But still need some effort ye kalau nak berjaya. Sesiapa yang dapat tawaran untuk Program Dua Tahun, janganlah rasa rendah diri pulak. Biar lambat, asal selamat kata orang. 

Untuk pengetahuan mana yang tak tau, matrik ni ada 2 jurusan, Sains & Perakaunan. Tapi untuk jurusan Sains, ada 2 program, Program Satu Tahun & Program Dua Tahun. Perakaunan hanya ada Program Satu Tahun. Untuk aliran sains, ada 3 modul kesemuanya, Modul 1, Modul 2 & Modul 3. Boleh refer gambar bawah ni ye (sumber gambar: google)


Untuk jurusan perakaunan,
Mata Pelajaran Teras: 
Perakaunan
Pengurusan Perniagaan
Ekonomi
Matematik Akaun

Mata Pelajaran Wajib:
(sama seperti jurusan sains)

Apa beza Program Satu Tahun & Program Dua Tahun? Sama je sebenarnya. Apa yang budak Program Satu Tahun belajar, itu jugaklah yang budak Program Dua Tahun akan belajar. Cuma bezanya daripada segi masa. Program Dua Tahun tu akan lama sikit lah kat matrik tu. Program Satu Tahun ada 2 semester, Program Dua Tahun ada 4 semester. So, kalau budak Program Satu Tahun study 10chapter untuk sem 1, budak Program Dua Tahun akan study 5chapter untuk sem 1 & 5chapter lagi untuk sem 2. Lebih kurang macam tu lah. Sebab tu ada orang kata budak Program Dua Tahun ni lebih relax sikit. Tajuk yang diorang kena study tak banyak sangat untuk setiap sem.

Apa beza kelas tutoran & kuliah? Okay kalau kuliah ni kelasnya kat kuliah dengan jumlah student yang ramai, lebih kurang dalam 100 orang lebih macam tu. Kalau tutoran pula, belajar kat kelas biasa je. Macam kelas masa sekolah tu, jumlah student pun sikit je. Selalunya kelas tutoran ni lah tempat korang nak lebih dekat dengan pensyarah. Korang boleh tanya apa yang korang tak faham. Lepas tu korang akan diberi latihan tutoran & ada kuiz. Jangan risau. Kuiz kat matrik bukan macam kat sekolah kena bangun lepas tu boleh duduk bila dapat jawab. Nayy! Kuiz matrik ni macam ujian. Bunyi macam susah ke? Don't worry dear. Dah lama nanti korang akan biasa dengan semua ni. Korang akan biasa dengan presentation tiap hari, latihan tutoran yang kena hantar & kuiz yang diambil markah muehehehe nampk macam kejam pulak rasa. Okay semua ni bukan diberi untuk suka-suka. Markah presentation, latihan & kuiz tu semua akan dimasukkan dalam markah penilaian berterusan, 10% okay!

Haaaa lagi 1, bila korang masuk u ke, STPM ke, matrik ke, korang kena ambil ujian MUET. Nah rasakan kekejaman disebalik MUET! Hahahaha janganlah takut sangat dik oi. MUET ni tak makan orang pun. MUET ni ujian Bahasa Inggeris. That's why lah ditubuhkan subjek Bahasa Inggeris kat matrik. Korang akan diberi pendedahan untuk jawab MUET ni. MUET ni ada 3 peringkat ujian, speaking, listening & reading. Semua orang paling risau kalau bab speaking, mana tak nye, nak kena speaking spontan macam tu. Peh peh peh! Penilaian MUET ni berdasarkan band, band 1 paling rendah, band 6 paling tinggi. Siapa yang dapat band 6 tu, memang dia anak omputih lah. Tapi jangan risau, markah untuk speaking tak banyak mana pun, markah untuk reading yang banyak. So korang boleh score lebih sikit untuk listening & reading okay!

Bila korang masuk matrik ni, korang boleh tukar course. Tapi cuma student sains je yang boleh tukar sama ada nak tukar jurusan ke perakaunan ataupun nak tukar modul. Student akaun tak boleh tukar ke sains ye. Ramai je budak sains yang takde basic akaun, boleh catch up. Kadang-kadang, markah budak yang takde basic akaun ni lebih excellent daripada yang ada basic. Sebab tu aku cakap, bila masuk matrik ni, jangan tengok siapa dia atas, siapa yang di bawah. Bila korang dah masuk matrik, berjuanglah dengan diri sendiri. Lawan semua benda-benda yang boleh lalaikan korang. Lagi 1, bila masuk matrik ni korang akan jumpa dengan kawan baru. Jangan cepat terpengaruh dengan kawan yang suka sangat ponteng kelas. Semalas mana pun korang nak pergi kelas, korang kena lawan semua tu. Awal-awal korang takkan nampak lagi budaya ponteng semua ni, korang tengoklah nanti bila dah lama sikit. Sekarang ni pun ramai yang guna smart phone. Yang tak guna smart phone pun, bila dah masuk matrik, bila tengok semua pakai smart phone, mesti ramai yang akan tukar phone. Jangan terpengaruh! Tak salah nak guna, tapi korang kenalah pandai bahagikan masa. Janganlah tiap masa dok menghadap benda tu. Haiyaaah! Macam mana lah nak berjaya macam tu. Lawan! Fikir masa depan!

Yang bestnya masuk matrik ni, korang akan dapat elaun. 1 sem, RM1250. Elaun akan masuk tiap bulan ye. Bukannya masuk sekali seribu lebih macam tu. Tiap bulan akan masuk RM250. Cukuplah untuk korang makan. Kalau nak outing tu kena lah pakai duit sendiri. Haaaa cakap pasal outing ni, korang boleh outing tiap minggu tapi depends juga. Kalau ada event atau keluar notis tak boleh outing, memang lah tak boleh outing. Nak outing ni depends matrik masing-masing sebab kalau KMPk boleh naik bas khidmat terminal siswa. So korang akan outing 1 bas yang semuanya budak KMPk. Tak pun, korang boleh naik teksi, tapi mahal sikit lah bayarannya nanti. Kehidupan kat matrik ni takde lah kejam mana. Jangan dengar kata orang yang cakap matrik ni takde life lah, ape lah. Nonsense! Pada aku, okay what duduk matrik ni. Kalau korang buat kehidupan matrik ni stress, stress lah jadinya. Jangan stress sangat belajar. Kena pandai atur masa. Lagi 1, bila korang dapat tawaran u, korang boleh keluar matrik. So jangan risau lah fikir macam mana upu korang tu nanti. Masuk matrik dulu, kalau rasa nak ambil tawaran u, baru lah korang keluar matrik.

For those yang tak pernah masuk asrama, macam akak kau sorang ni. Haaaa korang akan rasa homesick. Homesick tu ape? Homesick tu korang akan rindu rumah, rindu family. Jangan berfikiran pendek ye kalau korang homesick ni. Dulu aku teruk yang teramat sangat kena homesick. Tiap hari nangis sampai demam. Pernah terdetik sampai nak keluar matrik & ambil je STPM. Kalau ambil STPM, boleh pergi balik rumah, tak payah berpisah dengan family. Hey no! Aku takde lah cakap korang tak boleh ambil STPM. STPM takde teruk mana. But for me, matric is better. Seriously, bila korang homesick ni, hati akan memberontak nak balik rumah. Ada je budak yang tak tahan, dia keluar matrik. Adik-adikku sekalian, nak masuk u, nak masuk matrik ni bukan senang. Kat luar sana, ramai sangat yang menunggu. Kalau korang dah dapat masuk, bersyukur okay. Buang semua perasaan sedih lah, ape lah. Nak berjaya kena perjuangan. Dulu masa aku homesick, aku kuatkan hati. Biarlah nak nangis macam mana pun. Memang sempat rasa macam nak keluar matrik je masa tu. Tapi aku fikir balik, nanti kalau aku dapat ijazah, masuk u, kerja, kahwin, aku akan berpisah jugak dengan family. Aku fikir, sampai bila aku nak berkepit dengan family. Benda ni yang buat aku masih bertahan kat matrik tu. And sekarang aku tak rasa menyesal langsung masuk matrik. Seriously masuk matrik ni best! Bila korang dah buat keputusan, korang kena tekad dengan keputusan yang ada. Jangan pernah rasa menyesal dengan keputusan yang dah dibuat.
"Once you've made your decision, don't look back. Make it work"

So that's all guys. Goodluck untuk adik-adik semua yang tengah bingung nak masuk mana. It's normal. Buat keputusan masak-masak. Jangan korang menyesal pulak nanti ye. Ikut minat sendiri, jangan ikut minat orang lain. Korang tau kemampuan korang sendiri. Goodluck!
p/s: You can ask anything about matric or KMPK here. Tapi mana yang akak boleh jawab lah ye. 

 
Copyright by BlogNurshima | All rights reserved