13 June 2016

LIFE KAT MATRIK & KMPK

Assalamualaikum wbt.



Hai semua! Buka-buka blog, eh ramainya yang komen pasal matrikulasi tu. Nah tetiba terasa nak update entri baru. Bila dah masuk universiti ni, rasa rindu sangat dengan kehidupan kat matrik. Lain sangat dik kehidupan kat universiti. Kalau dulu kat matriks, nota semua lecturer yang sediakan. Kita tinggal pergi kedai fotostet, beli copy note. Kat universiti, note kena buat sendiri. Nampak tak perbezaan jarak jauh kat situ. Ada yang tanya akak, akak sambung course ape. Alhamdulillah, sekarang ni akak tengah sambung Bachelor in Accounting. Tinggal lagi dua tahun lepastu graduation yayyy!! Doakan akak ye :)

Kalini akak nak cerita lah sikit macam mana life kat matriks tu. Lebih kurang macam pengalaman akak lah. Kalau bosan cepat cepat close tab tau hehe. Entri kalini aku gelarkan diri 'akak' jelah ye, lebih dekat dengan hati semua pembaca yang berkaitan eceh hihi. Berdebar pulak nak start cerita sebab dah lama tak update blog ni. 

Okay bismillah. First, macam akak ada bagitau kat entri sebelum ni, akak homesick teruk sangat sangat. Call ibu, lepastu nangis. Nak tidur nangis. Tengah orientasi kat dalam dewan, pihak pengurusan tengah seronok bagitau pasal macam mana nak itu, nak ini, eh eh boleh nangis jugak haha. Sampai demam, lepastu pergi klinik kat dalam matriks, then doktor cakap 'Memang musim orang demam'. Tapi tengok kiri kanan, macam aku sorang je yang demam. Hmm baru sekarang dapat tangkap maksud doktor tu. Paling sedih sekali bila time waktu maghrib. Rasa sayu sangat... Time nak solat, time tu lah air mata ni meleleh ingat family kat rumah. Lepastu menangis sorok sorok tepi almari sebab taknak room mate nampak haha. Sampai lah penghujung semester, room mate cakap 'Dulu shima nangis tepi almari' hahaha maluuuuuuu *tutup muka*.

Oh ya, pasal bilik. Bilik korang tak boleh pilih tau. Tak boleh pilih nak duduk sebilik dengan siapa. Tak boleh, semua tak boleh. Pihak pengurusan yang akan handle semuanya. Jangan risau ye adik adik semua, best dapat kawan baru. Nak hadap kawan dari sekolah buat ape kan. Nanti kalau korang rasa bosan, korang boleh pergi bilik kawan baik korang tu. Dulu akak pun fikir macam korang juga. Fikir nak satu bilik dengan kawan dari sekolah lama, kononnya dah lebih kenal gitu. Last last buat tak hairan je sebab masing-masing dah ada room mate baru hehe. Cuma kadang-kadang tu selalu lah lepak sama-sama lepas rindu. Akak rajin keluar outing sebab suka jalan-jalan hehe. Duit pun ikut sama berjalan. Kalau kat KMPk, banyak jugak lah tempat korang boleh outing. Emm banyak ke?? Ada lah dalam 3 ke 4 tempat kotttt, sorry tak berapa ingat. 

Pada akak lah, duduk kat matrik ni lagi best kalau dapat join macam macam program. Tapi dulu akak ni tak berapa nak aktif sangat, duduk dalam bilik je peluk bantal uhuk uhuk. Tapi ada lah juga join beberapa program. Yang paling seronok yang akak ingat lagi sampai sekarang, bila semua budak akaun buat aktiviti jualan. Best sangat sebab satu kelas bekerjasama. Serious seronok bila kawan sekelas tapi dah rasa macam family. Dulu akak dapat classmates yang semuanya happening. Rancang tu, rancang ni semua sama-sama. Buat iftar ramai-ramai, belikan makanan pastu kongsi sorang sikit. Rindunyaa suasana tu semua ;( Nak cerita, korang tak rasa haha tak dapat pulak nak feel cerita akak ni.

Dulu time akak kat matriks, selalu lah jugak kes takde air kat blok. Balik-balik kelas je time petang takde air. Padahal time tu lah nak mandi lah, nak solat. Lepastu duk angkut baldi turun bawah blok. Nasib baik tak dapat tingkat 4. Oh haaa baru teringat. Oleh kerana akak dulu bukan asal dari sekolah asrama, so dulu akak tak tau pun kat dalam toilet tu ada satu bahagian untuk basuh baju. So dengan tanpa rasa bersalah, akak basuh baju kat tempat wuduk & toilet. Agaknya org tgk aku lain macam je basuh baju kat situ haha malunya. Tapi awal-awal masuk jelah. Rendam baju kat tempat wuduk pastu berus sental baju kat dalam toilet. Hmm apa lah nasib tak tau semua benda haha. Ni semua sebab ternampak orang angkut baldi rendam baju kat tempat wuduk haha.

Kalau korang dapat KMPk, korang kena try Burger Hongkong tau. Burger ni sedap sangat & cuma ada kat KMPk. Takkan jumpa kat tempat lain. Seriously. Akak sekarang ni teringin nak makan burger hongkong tu. Kena balik KMPk ke cemana ni kalau nak makan burger tu hmm.

Alamak terbesar pulak gambar haha Nah bagi korang terliur sikit hihi.

Dulu kat KMPk, banyak program best, yang gempak gempak, bila tengok tu macam wowww terror nye diorang ni. Selalu program waktu malam. Tapi tak semua lah. So kalau rajin, kena lah jalan kaki pergi dewan ataupun kadang-kadang kat dataran atau anjung siswa. Program yang paling gempak time akak, masa sambutan Chinese New Year. Student bukan melayu tak ramai kat matrik, boleh kira dengan jari. So masa akak, budak chinese macam ada geng diorang. Seronok tengok sebab diorang selalu kumpul ramai-ramai. Nah tengok sikit video yang diorang untuk program CNY tu hehe. Mana lah tau lepas tengok boleh naik semangat nak masuk matrik atau KMPk  sebab akak kalau tengok video ni pun selalu rindu kat KMPk sobs sobs ;( Nah kita lanje sikit. (Kalau nak tengok video lain, boleh tengok kat youtube tau)


Sebenarnya kenangan akak kat matrik tak banyak pun. Nak tulis ni pun, baru sedar tak ade ape pun yang dapat akak kongsi. Cuma entahlah kenapa rasa rindu sangat dengan life kat sana, rasa seronok je tinggal kat matrik. Pada akak, kehidupan life kat matrik rasa tenang and simple je. Tak pernah rasa stress duduk matrik. Kalau rasa stress, outing lah hehe. Walaupun kelas dari pagi sampai petang tapi takde rasa penat pun. Tapi ada rehat lah tengahari tu, hehe selalu curi-curi balik bilik. Kenangan kat matrik tak banyak tapi perasaan rindu tu tersangat banyak. Serious korang takkan menyesal masuk matrik. Percayalah cakap akak ni dik oiii. Pape pun, goodluck semuaa! Jangan risau, you can do it!

Thanks for reading!
 
Copyright by BlogNurshima | All rights reserved